Mahir Masak Intake 4 Modul 6 Sesi 2-Penyediaan Moist Chocolate Cake

20 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Ogos 2026 yang lalu, mahir masak modul 6 sesi 2 yang telah dijalankan ialah penyediaan Moist Chocolate Cake. Aktiviti ini bertujuan untuk mempelajari cara menyediakan kek coklat yang lembut, moist dan sedap serta meningkatkan kemahiran dalam mengendalikan peralatan dan bahan-bahan memasak. Proses penyediaan dimulakan dengan menyediakan dan menyukat semua bahan seperti tepung gandum, serbuk koko, gula, telur, susu, minyak masak dan bahan penaik. Bahan kering diayak terlebih dahulu sebelum dicampurkan dengan bahan basah sehingga menjadi adunan yang sebati.

Adunan kemudiannya dimasukkan ke dalam loyang dan dibakar sehingga masak. Sepanjang aktiviti dijalankan, aspek kebersihan, keselamatan dan ketepatan sukatan bahan diberi perhatian. Hasilnya, Moist Chocolate Cake yang dihasilkan mempunyai tekstur yang lembut dan moist serta rasa coklat yang enak. Aktiviti ini memberikan pengalaman dan meningkatkan keyakinan dalam menyediakan kek dengan kaedah yang betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali